Posts

Showing posts from October, 2024

Happy 6th Anniversary

The site has been refurbish with new look and content.

Total Pageviews

Karangan - Kesan dan Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

     "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.    Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan heterogen impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul ghalibnya akan menye

Karangan - Cara-Cara Mengekalkan Perpaduan Kaum

     Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing.  Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, semua pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni " Bersekutu Bertambah Mutu " dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.      Sebenarnya, kita bolehlah memperbanyak aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta.  Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat;  perpaduan merupakan k

Karangan - Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Amalan Berjimat-Cermat Dalam Diri Anak-Anak

     Amalan berjimat-cermat merupakan ciri penting dalam pengurusan kewangan yang berkesan. Amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat negara ini masih lagi rendah dan perlu dipertingkatkan kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Amalan mulia ini perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh hal yang sedemikian, peranan ibu bapa dalam pemupukan amalan berjimat cermat dalam diri anak-anak amatlah besar.     Ibu bapa sebenarnya dapat memupuk amalan ini dalam jiwa anak-anak dengan mengamalkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh terbaik dengan merancang setiap pembelian terlebih dahulu. Ibu bapa haruslah enyediakan senarai pembelian bersama-sama dengan anak-anak supaya mereka dapat membezakan antara keperluan dengan keinginan. Jadi, anak-anak akan sedar bahawa perbelanjaan secara berhemat membolehkan kita mempunyai lebihan pendapatan untuk tabungan masa hadapan seperti yang diteg

Karangan - Faedah-Faedah Aktiviti Kokurikulum

     Anak-anak yang masih muda khususnya mereka yang masih berada di bangku sekolah merupakan harapan bangsa dan negara pada masa hadapan untuk mengemudi kecemerlangan bangsa dan negara di pentas global kerana pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara. Justeru, menyedari dan hakikat ini sistem pendidikan negara kita tidak hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata tetapi juga pencapaian dalam bidang kokurikulum.Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada semua pelajar di seluruh negara.Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab, unit beruniform dan 1M1S bukan sahaja memberi banyak faedah kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada bangsa dan negara. Persoalannya sekarang, apakah faedah-faedah aktiviti kokurikulum khususnya kepada golongan pelajar.    Memang tidak dapat dinafikan bahawa, kegiatan kokurikulum sememangnya mendatangkan pelbagai faedah kepada

Karangan - Faedah-Faedah Koperasi Sekolah kepada Murid

     Pada era ledakan teknologi maklumat dan dunia yang pesat membangun ini, setiap sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang sewajarnya untuk para murid. Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini, pihak sekolah telah menubuhkan koperasi yang merupakan sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan barangan dan perkhidmatan. Koperasi ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung. Murid-murid sekolah yang merupakan ahli koperasi akan membantu guru koperasi untuk menjalankan urusan perniagaan di koperasi. Antara barangan dan perkhidmatan yang boleh diperoleh di koperasi ialah barangan makanan, minuman, peralatan menulis, buku latihan, lencana sekolah, uniform sekolah dan perkhidmatan fotostat. Setiap sekolah mesti mengadakan mesyuarat agung koperasi untuk melantik ahli jawatankuasanya. Persoalannya kini, apakah faedah penubuhan koperasi sekolah kepada murid-murid sekolah? Oleh hal yang demikian, faedah-faedah koperasi sekolah

Karangan - Kebaikan dan Keburukan Kad Kredit

     Pihak media massa sering menjadikan isu penggunaan kad kredit sebagai salah satu tajuk perbincangan mereka. Secara umumnya, kad kredit boleh didefinisikan sebagai sejenis kad pembayaran yang dikeluarkan kepada pengguna untuk membolehkan mereka membayar seorang saudagar untuk barang-barang dan perkhidmatan berdasarkan perjanjian pemegang kad kepada pengeluar kad untuk membayar sejumlah wang yang dibayar kepadanya  dengan caj tambahan lain yang dipersetujui. Pengeluar kad mewujudkan pusingan akaun dan memberikan garis kredit untuk kad, di mana pemegang kad boleh meminjamkan sejumlah wang untuk pembayaran kepada saudagar atau sebagai wang pendahuluan. Kad kredit juga menggabungkan perkhidmatan pembayaran dengan sambungan kredit. Menurut statistic kadar penggunaan kad kredit semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, penggunaan kad kredit mempunyai kebaikan dan keburukannya.      Antara kebaikan penggunaan kad kredit ialah keselamatan pengguna terjamin berbanding menggunakan w

Karangan - Hidup Berjiran

     Pihak media massa sering menjadikan isu amalan hidup berjiran sebagai salah satu tajuk perbincangan mereka. Secara umumnya, jiran boleh didefinisikan sebagai orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Setiap anggota masyarakat lazimnya mempunyai jiran sama ada di kiri, kanan, atau hadapan rumah. Aktiviti yang boleh dilakukan sesame jiran ialah seperti bergotong-royong untuk menyambut sesuatu keraian atau adat resam. Menurut statistic amalan hidup berjiran dalam negara semakin rendah dari tahun ke tahun. Terdapat pelbagai faedah yang boleh didapati daripada amalan hidup berjiran. Oleh itu, pelbagai langkah boleh diambil untuk meningkatkan  semangat hidup berjiran.      Antara faedah semangat kejiranan adalah memupuk perpaduan antara setiap ahli masyarakat di negara ini. Malaysia merupakan negara yang unik kerana kita mempunyai rakyat yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Namun, disebalik perbezaan kita berjaya mencari persamaan dan berbekalkan nilai-nilai murni seperti hormat-me

Essay - How To Deal With Online Games

     Video game addition is a serious problem in many parts of the world today and deserves more attention. It is no secret that children and adults in many countries throughout the world, including Japan, China, and the United States, play video games every day. Most players are able to limit their usage in ways that do not interfere with their daily lives, but many others have developed an addiction to playing video games and suffer detrimental effects. To improve the state of situation, setting limits on our access to games, established healthier routine and getting professional help need to be implemented and carried out.      Firstly, setting limits on our access to games can help reduce the addiction to video games. We need to strict ourselves with time limit for daily play. Health experts recommend that teens and school-aged kids should spend no more than 2 hours a day in front of a screen, and it’s just as important for adults to limit their time being sedentary. For example,

Karangan - Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar

     Pencemaran alam boleh ditakrifkan sebagai kotoran sekeliling yang menjejas kualiti kebersihan air, udara dan bumi. Isu berkaitan dengan pencemaran alam sekitar sentiasa dibincangkan kerana kesannya yang semakin membimbangkan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar namun masih gagal. Alam sekitar terus tercemar oleh pelbagai aktiviti manusia yang tidak terkawal.     Antara punca pencemaran alam sekitar ialah  pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang. Sektor perindustrian telah berkembang pesat di negara kita. Kebanyakkan kilang yang didirikan tidak menggunakan penapis asap yang berkesan sehingga mengakibatkan pembebasan asap yang kotor dan beracun ke udara.      Pencemaran udara di negara kita semakin kritikal berpunca daripada pertambahan bilangan kenderaan. Peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai rakyat mampu memilik kenderaan sendiri. Bilangan kenderaan yang berjuta-juta di atas jalanraya, menyebabkan pembebasan asap da

Karangan - Industri Automatif

     Pihak media massa sering menjadikan isu industry automotif sebagai salah satu tajuk perbincangan mereka. Secara umumnya, industry automotif boleh didefinisikan sebagai apa-apa bidang yang berkaitan dengan kenderaan bermotor. Antara jenis kereta yang dihasilkan ialah kereta pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna, kereta sedan dan kereta utility sukan. Antara model kereta yang dikeluarkan ialah Perodua Ariiz, Proton Suprima, Proton X70, dan sebagainya. Menurut statistic industry automotive dalam negara semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kejayaan tersebut banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara.      Antara kebaikan yang diperoleh daripada industry automotive ialah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Dengan wujudnya banyak kilang pembuatan, maka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia semakin bertambah. Malah, kepesatan perindustrian di Malaysia telah mendorong rakyat negara lain untuk berhijrah ke Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan. Antara rakyat n

Karangan - Kesan-Kesan Pembalakan Haram

     Pembalakan haram ialah aktiviti penebangan balak secara tidak terancang dan menyalahi undang-undang. Pengusaha pembalakan haram ini akan mengeluarkan kayu yang ditebang tanpa kebenaran atau dari kawasan dilindungi penebangan spesies dilindungi atau pengeluaran balak melampaui had yang dipersetujui. Terdapat beberapa kesan negatif akibat pembalakan haram.      Pembalakan haram mampu menyumbang kepada terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan.      Kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat ting

Karangan - Faedah-Faedah Bersenam

     Aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Aktiviti senaman dijalankan di sekolah dan melibatkan semua murid sekolah. Kita mesti memahami faedah bersenam untuk kekal sihat.      Antara faedah-faedah bersenam ialah kita dapat mencergaskan tubuh badan kita. Kita akan berasa lebih cergas dan sihat semasa kita bersenam. Kita juga boleh mengeluarkan peluh apabila kita berjoging atau berjalan kaki. Bersenam juga dapat melawan penyakit-penyakit yang berbahaya seperti obesiti dan sakit jantung.      Selain itu, bersenam juga dapat mengisi masa lapang kita. Kita tidak akan terlibat dalam gejala sosial apabila kita bersenam kerana kita dapat membezakan aktiviti yang sihat dengan aktiviti yang tidak sihat. Bersenam juga dapat mematangkan minda dan tubuh kita.Jika kita bersenam, kita sedang mengamalkan gaya hidup yang sihat.      Seterusnya, bersenam juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan keluarga. Kita boleh mengajak keluarga untuk bersenam dengan kita di taman ra

Karangan - Cara Pembentukan Modal Insan

Pendahuluan Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam pembentukan modal insan. Pendidikan dapat dinilai daripada kemajuan dan pencapaian sesebuah negara. Kemajuan bidang teknologi maklumat merupakan cabaran terbesar kepada pembentukan modal insan kamil dalam kalangan remaja di negara ini. Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membentuk modal insan dalam kalangan masyarakat masa kini. Isi 1. Pembentukan modal insan melalui pendidikan. Pendidikan merupakan asas terpenting bagi setiap individu Individu yang tidak berpendidikan dianggap sebagai tidak bertamadun dan dipandang rendah oleh sebahagian masyarakat. Pendidikan boleh dinilai daripada kemajuan dan kemajuan sesebuah negara. Memperkasakan pendidikan islam dan moral agar remaja dapat membezakan antara baik dan buruk sesuatu tingkah laku. 2. Peranan Ibu bapa dalam melahirkan modal insan kelas pertama. Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Dengan pendidikan terutama pendidikan islam yang sem

Karangan - Faktor dan Langkah Mengatasi Vandalisme

     Pihak media massa sering menjadikan isu vandalism sebagai salah satu tajuk perbincangan mereka. Secara umumnya, vandalism boleh didefinisikan sebagai perbuatan merosakkan harta benda awam atau persendirian. Golongan yang terlibat dalam perbuatan vandalism ialah remaja yang berusia 12 hingga 20 tahun. Kemudahan awam yang sering dirosakkan ialah alat-alat permainan di taman permainan, telefon awam, dan menconteng dinding tandas awam. Menurut statistic kadar vandalism dalam negara semakin meningkat dari tahun ke tahun. Terdapat pelbagai factor yang menyebabkan vandalism berlaku. Oleh itu, beberapa langkah telah dipraktikkan untuk mengatasinya.      Antara factor berlakunya vandalism ialah pengaruh daripada rakan sebaya. Golongan remaja merupakan golongan yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Pada zaman persekolahan, rakan sebaya merupakan komponen utama dalam membentuk seseorang remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan sebaya merupakan individu yang akan banyak meluang

Rumusan - Kepentingan Tidur dari Segi Saintifik

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan .      Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk berfikir? Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberikan tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitannya dengan faktor tidur.      Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam sehari. Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang

Essay - Urban Green Lung

- Urban green can help adapt to and mitigate the effects of climate change - Urban green spaces have many environmental functions that provide areas within the built environment where adaptation to climate change can take place - making cities greener with parks, more trees and green roofs will provide cooling and ventilation, as well as water storage and infiltration - Plants reduce the urban heat island effect by shading heat absorbing surfaces and through evapotranspiration (ET) cooling, and evidence has shown vegetation lowers wall surface temperatures by 17°C - Urban green spaces can also help to reduce pollution, and act as sinks for carbon dioxide which is a major contributor to global warming - In cities, gardens and parks absorb carbon dioxide (CO2) emissions, which come from private vehicles in urban transport - Vegetation, particularly trees reduce air pollution by absorbing pollutants in the air, and by intercepting particulate matter - 20 trees can offset the

Karangan - Penganiayaan Haiwan

     Pihak media massa sering menjadikan isu penganiayaan terhadap haiwan sebagai tajuk perbincangan mereka. Secara umumnya, penganiayaan terhadap haiwan boleh didefinisikan sebagai perbuatan mencederakan haiwan tanpa sebab. Haiwan-haiwan tersebut akan mengalami kepupusan sekiranya penganiayaan terus berlaku. Contoh haiwan yang biasanya dicederakan ialah anjing dan kucing. Menurut statistic, perbuatan penganiayaan haiwan dalam negara semakin meningkat dari tahun ke tahun. Terdapat pelbagai factor yang menyebabkan penganiayaan haiwan berlaku. Perbuatan penganiaayn haiwan turut akan menyebabkan pelbagai kesan terhadap negara.      Antara factor penganiayaan haiwan ialah berpendapat bahawa haiwan tidak mempunyai hati dan perasaan. Kumpulan ini tidak berupaya untuk melawan dan melindungi diri mereka daripada dianiayai oleh golongan manusia. Mereka hanya mampu meronta-ronta melaung kesakitan apabila digenggam dan dianiayai tanpa dipedulikan oleh manusia. Contohnya seekor anak burung helan

Teknik Menulis Karangan SPM

Pendahuluan Ayat Rangsangan - Memperkenalkan tajuk sahaja - Bahasa yang cantik (Perkataan) Ayat Topik 1. Maksud 2. Cerita apa-apa (Perkembangan semasa tentang tajuk) isi 3. Menulis 2 isi tentang perkara yang tidak diuji sebagai soalan (Punca, Kesan, Usaha) Ayat Contoh Ayat Soalan Ayat Peribahasa Ayat Arah Isi Ayat Isi - Penandawacana yang panjang - Tajuk - Soalan - Isi Ayat Huraian 1. AH1 2. AH2 3. AH3 4. AH4 Teknik Tanya - Siapa? - Apa? - Kenapa? - Di mana? - Bila? - Bagaimana? Ayat Contoh Ayat Peribahasa Ayat Rumusan Penandawacana panjang + Soalan + Tajuk + Isi Penutup Ayat Rumusan - Penandawacana panjang - Tulis soalan karangan - Tulis tajuk karangan - Tulis satu peribahasa (Opt) Ayat Cadangan - Penandawacana - Tulis sekurang-kurangnya 2 cadangan berkaitan tajuk - Tulis peribahasa (Opt) Ayat Pendapat - Penandawacana - Menulis pandangan positif berkaitan tajuk (Faedah) (2) - Peribahasa (Opt) Ayat Harapan - Menulis jangkaan masa hadapan (2)

Popular posts from this blog

Karangan - Faedah-Faedah Bersenam

Karangan - Faktor dan Langkah Mengatasi Vandalisme