Happy 6th Anniversary

The site has been refurbish with new look and content.

Total Pageviews

Karangan - Penganiayaan Haiwan

    Pihak media massa sering menjadikan isu penganiayaan terhadap haiwan sebagai tajuk perbincangan mereka. Secara umumnya, penganiayaan terhadap haiwan boleh didefinisikan sebagai perbuatan mencederakan haiwan tanpa sebab. Haiwan-haiwan tersebut akan mengalami kepupusan sekiranya penganiayaan terus berlaku. Contoh haiwan yang biasanya dicederakan ialah anjing dan kucing. Menurut statistic, perbuatan penganiayaan haiwan dalam negara semakin meningkat dari tahun ke tahun. Terdapat pelbagai factor yang menyebabkan penganiayaan haiwan berlaku. Perbuatan penganiaayn haiwan turut akan menyebabkan pelbagai kesan terhadap negara.

    Antara factor penganiayaan haiwan ialah berpendapat bahawa haiwan tidak mempunyai hati dan perasaan. Kumpulan ini tidak berupaya untuk melawan dan melindungi diri mereka daripada dianiayai oleh golongan manusia. Mereka hanya mampu meronta-ronta melaung kesakitan apabila digenggam dan dianiayai tanpa dipedulikan oleh manusia. Contohnya seekor anak burung helang hanya mampu menjelirkan lidahnya apabila dicekik oleh manusia dan tidak berdaya untuk melepaskan diri daripada cengkaman manusia tersebut. Kita sebagai insan biasa haruslah ingat bahawa setiap makhluk ciptaan tuhan mempunyai hak untuk meneruskan kehidupan dan kita tidak sewajarnya meragut hak mereka demi kepentingan diri sendiri.

    Selain itu, factor yang menyebabkan penganiayaan haiwan ialah tekanan emosi. Mereka tidak mampu lagi memedamkan perasaan dendam terhadap seseorang individu ataupun tekanan. Oleh itu, haiwan menjadi sasaran mereka untuk melepaskan tekanan bagi memuaskan perasaan dan nafsu mereka. Contohnya kucing yang kelaparan dan datang untuk menagih simpati terhadap individu yang berada dalam keadaan tertekan akan dizalimi seperti disimbah dengan air panas, ditendang, serta dipukul menggunakkan payung. Walaupun kita tidak rela untuk memberi makanan kepada kucing tersebut, kita tidak sepatutnya memperlakukannya dengan cara sedemikian kerana ia berana dalam keadaan yang lemah dan kelaparan. Hal ini menunjukkan sifat keperimanusiaan dalam diri manusia semakin terhakis.

    Seterusnya, tahap undang-undang di Malaysia yang lemah akan menyebabkan mereka berani untuk melakukan penganiayaan terhadap haiwan. Hal ini kerana perbuatan yang dilakukan oleh mereka tidak setimpal dengan hukuman atau denda yang dikenakan. Mereka langsung tidak insaf terhadap perbuatan yang dilakukan oleh mereka dan mengulangi kesilapan tersebut. Nasib haiwan yang dianiayai tersebut juga tidak dibela secara seriusnya menyebabkan si pelaku berupaya bebas daripada tindakan yang sewajarnya dikenakan ke atas diri mereka.

    Antara kesan penganiaayn terhadap haiwan ialah menjejaskan imej negara. Apabila pelancong asing berkunjung ke negara kita. Mereka akan berkongsi amalan yang dijalankan di negara kita dengan rakan-rakan senegara mereka ataupun rakan dari negara yang berlainan yang akan menjejaskan reputasi baik negara kita. Negara kita akan dianggap sebagai negara zalim kerana sanggup menzalimi haiwan yang lemah dan tidak berdosa tersebut. Hal ini akan menyebabkan pelabur asing takut untuk melabur dalam negara kita kerana imej baik negara kita tidak dapat dipertahankan. Pertumbuhan ekonomi negara kita turut akan terjejas disebabkan insiden ini kerana kekurangan pengaliran mata wang asing masuk.

    Kesan seterusnya ialah menyebabkan kecederaan dan kematian pada haiwan yang didera mahupun individu yang melakukan perbuatan zalim tersebut. Anjing dan kucing yang terbiar dan tidak mendapat perlindungan yang sepatutnya daripada pemiliknya menyebabkan emosi mereka terjejas. Para saintis mendapati bahawa binatang memerlukan hubugan sosial seperti manusia, aktiviti rekreasi yang mencukupi dan bukannya diikat, ditendang ataupun dikurung di dalam sangkar yang kecil. Parut atau kesan kecedaraanpada fizikal haiwan tersebut juga turut membimbangkan orang ramai. Manusia yang tidak berfikiran rasional ini sanggup menganiayai haiwan yang tidak berdosa ini sehingga ada di kalangan mereka yang cedera parah, buta, cacat serta maut.

    Kesimpulannya, terdapat pelbagai factor dan kesan daripada penganiayaan terhadap haiwan. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama memperjuangkan hak haiwan tersebut untuk terus hidup dan membela mereka daripada terus dianiayai oleh individu yang tidak berkeperimanusiaan. Hal ini penting agar rakyat malaysia dapat hidup dalam situasi yang harmoni dan sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah ini. Imej negara Malaysia juga dapat dipertahankan kerana bebas daripada amalan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Karangan - Faedah-Faedah Bersenam

Karangan - Faktor dan Langkah Mengatasi Vandalisme