Karangan - Faedah-Faedah Bersenam
Aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan
tubuh badan kita. Aktiviti senaman dijalankan di sekolah dan melibatkan
semua murid sekolah. Kita mesti memahami faedah bersenam untuk kekal sihat.
Antara faedah-faedah bersenam ialah kita dapat
mencergaskan tubuh badan kita. Kita akan berasa lebih cergas dan sihat semasa
kita bersenam. Kita juga boleh mengeluarkan peluh apabila kita berjoging atau
berjalan kaki. Bersenam juga dapat melawan penyakit-penyakit yang berbahaya
seperti obesiti dan sakit jantung.
Selain itu, bersenam juga dapat mengisi masa
lapang kita. Kita tidak akan terlibat dalam gejala sosial apabila kita bersenam
kerana kita dapat membezakan aktiviti yang sihat dengan aktiviti yang tidak
sihat. Bersenam juga dapat mematangkan minda dan tubuh kita.Jika kita
bersenam, kita sedang mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Seterusnya, bersenam juga dapat mengeratkan
hubungan kita dengan keluarga. Kita boleh mengajak keluarga untuk bersenam
dengan kita di taman rakyat. Semasa kita bersenam, kita boleh berbincang dengan
keluarga tentang hal-hal rumah. Dengan ini kita dapat menjalin kemesraan dan
kebahagiaan dengan keluarga.
Selain daripada itu, bersenam dapat juga
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh kita. Kita dapat memberikan focus sepenuhnya
pada senaman dan tidak memikirkan stress di sekolah, tempat kerja atau rumah
untuk membina pemikiran yang tenang. Dengan bersenam kita juga dapat mengubati
masalah psikologi.
Akhir sekali, bersenam juga merupakan terapi
minda. Kita dapat menghirup udara yang segar semasa kita melakukan senaman di
luar rumah contohnya di taman permainan dan taman rekreasi. Kita juga tidak
memerlukan kos yang tinggi untuk bersenam di dalam gim yang banyak dibuka di
sekitar bandar. Bersenam dapat menjadikan rakyat Malaysia cergas dan cerdas.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia mesti bersenam
kerana banyak faedah yang dapat diperoleh daripada bersenam. Bersenam juga dapat
menguntungkan banyak pihak contohnya kita mendapat tubuh badan yang sihat dan
pihak gim mendapat pendapatan. Kita perlu mula bersenam dari sekarang untuk
menjaga kesihatan kita. ’Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.
Very good
ReplyDeleteYes
DeleteThis is so good!
ReplyDeleteYes it is gooooood
ReplyDeleteThank you! 😄
ReplyDeleteTq for this esay this esay was really good
ReplyDeleteSo awesome
ReplyDeleteIt's soooooooooooooo good. I get 100 point when I use this ulasan .
ReplyDeleteOmg can this be used for SPM level???
ReplyDeleteI'm in love with it!! Thanks «3
ReplyDeletethxxxxxx I love thisssssss 0w0
ReplyDeleteIt's very nice..... It helps me a lot👍
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteVery nice
ReplyDeletegood essay
ReplyDeleteThanks
ReplyDelete