Karangan - Cara Pembentukan Modal Insan
Pendahuluan
- Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam pembentukan modal insan.
- Pendidikan dapat dinilai daripada kemajuan dan pencapaian sesebuah negara.
- Kemajuan bidang teknologi maklumat merupakan cabaran terbesar kepada pembentukan modal insan kamil dalam kalangan remaja di negara ini.
- Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membentuk modal insan dalam kalangan masyarakat masa kini.
Isi
1. Pembentukan modal insan melalui pendidikan.
- Pendidikan merupakan asas terpenting bagi setiap individu
- Individu yang tidak berpendidikan dianggap sebagai tidak bertamadun dan dipandang rendah oleh sebahagian masyarakat.
- Pendidikan boleh dinilai daripada kemajuan dan kemajuan sesebuah negara.
- Memperkasakan pendidikan islam dan moral agar remaja dapat membezakan antara baik dan buruk sesuatu tingkah laku.
2. Peranan Ibu bapa dalam melahirkan modal insan kelas pertama.
- Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak.
- Dengan pendidikan terutama pendidikan islam yang sempurna akan membolehkan anak-anak terang hati menerima ilmu.
- Menguatkan pegangan anak-anak dalam kehidupan dan sentiasa ingin memajukan negara.
- Dasar 1 murid 1 sukan mampu menjana modal insan kelas pertama.
- Melahirkan modal insan kelas pertama memiliki keseimbangan antara keperluan akademik dan keperluan fizikal.
- Dasar ini secara tidak langsung akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Menjana modal insan yang cemerlang kepada bangsa dan negara melalui bidang sukan.
4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN )
menghasilkan modal insan kelas pertama kepada pembangunan negara pada masa
akan datang.
- Modal insan mampu dibentuk menjadi insan yang bertanggungjawab serta mampu melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
- Melahirkan modal insan dengan daya pemikiran yang dinamik, progresif dan eksklusif.
- Generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara.
- Menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama.
- Guru yang baik akan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta perkembangan pendidikan terkini dari semasa ke semasa.
- Kualiti guru merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan keberhasilan murid.
6. Generasi muda hendaklah mempunyai jati diri yang unggul
- Generasi muda mempunyai tingkah laku yang sopan dan mempunyai darjah kesusilaan yang tinggi beradasrkan prinsip rukun negara.
- Harus menyemai nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian.
- Modal insan berkeperibadian yang mulia menyumbang ke arah pembangunan negara.
- Dapat mengharumkan nama negara.
Kesimpulan
- Kerajaan amat menitik beratkan sistem pendidikan negara demi mencapai sistem pendidikan bertaraf antarabangsa
- Modal insan yang cemerlang dapat menjadi harapan dalam pembangunan negara.
- Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan kelas pertama negara.
- Tanggungjawab bukan sahaja terletak di bahu kerajaan sahaja tetapi melibtkan gandingan dan kerjasama semua pihak untuk menjayakan usaha yang dilaksanakan ke arah melahirkan modal insan kelas pertama.
Comments
Post a Comment