Karangan - Kesan dan Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar
"Kita tidak mewarisi alam sekitar
daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan
datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat
menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa
alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya.
Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang
terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap
kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan
agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.
Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan
kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran
bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan heterogen impak kepada manusia
sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama
aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul ghalibnya akan
menyekat aliran air lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi
menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang
menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu apabila disalurkan ke sungai
atau laut. Lebih ruwet lagi, pencemaran air memberikan kesan yang eksplisit
terhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar
penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus
mengenepikan sifat nafsi dan mulalah menjaga alam sekitar.
Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus
seperti golongan pemaju perumahan masih dangkal kerana asyik memikirkan
keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana,
semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan
sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang
dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana
populasinya kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus
dihentikan kerana menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit
Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang jelas bahawa hal ini tidak harus
dimanifestasikan.
Di samping itu, masalah pencemaran alam
sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu
kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di
media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising yang
terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan
sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan
menyebabkan pencemaran pencemaran udara yang izhar. Oleh yang demikian,
pengusaha kilang harus bersifat inovatif dan pragmatis agar pencemaran
tersebut dapat dikekang.
Namun begitu, sekiranya pencemaran-pencemaran tersebut
terus menggugat keindahan alam sekitar, kita haruslah memikirkan mangkin yang
efektif agar pidana ini tidak bermaharajalela. Langkah yang boleh diambil
adalah proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan. Cara ini dapat
meningkatkan kandungan gas oksigen dalam udara selain kelebihan menahan tanah
daripada runtuh sekiranya penanaman di lereng-lereng bukit dilakukan secara
progresif. Di samping itu, pemaju perumahan yang masih tegar menjalankan projek
di kawasan yang tidak diluluskan harus menjalani hukuman berat. Hal ini bagi
memartabatkan kesedaran mereka bahawa alam sekitar amat penting. Bagi
memastikan langkah ini menjadi, pihak berkuasa tempatan harus melakukan
observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa tempatanlah yang menjadi petualang
dengan menerima suapan, maka benarlah pepatah, "harapkan pagar, pagar
makan padi". Mereka harus dihukum.
Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi
agar alam sekitar dapat dikekalkan keindahannya. Janganlah kita menjadikan
modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya,
kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus dicemari, generasi
akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar terhadap masyarakat di dunia.
Comments
Post a Comment