Karangan - Industri Automatif
Pihak media massa sering menjadikan isu industry automotif sebagai salah satu tajuk perbincangan mereka. Secara umumnya, industry automotif boleh didefinisikan sebagai apa-apa bidang yang berkaitan dengan kenderaan bermotor. Antara jenis kereta yang dihasilkan ialah kereta pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna, kereta sedan dan kereta utility sukan. Antara model kereta yang dikeluarkan ialah Perodua Ariiz, Proton Suprima, Proton X70, dan sebagainya. Menurut statistic industry automotive dalam negara semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kejayaan tersebut banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara.
Antara kebaikan yang diperoleh daripada industry automotive ialah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Dengan wujudnya banyak kilang pembuatan, maka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia semakin bertambah. Malah, kepesatan perindustrian di Malaysia telah mendorong rakyat negara lain untuk berhijrah ke Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan. Antara rakyat negara luar yang berhijrah untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia ialah rakyat Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan Nepal. Sesungguhnya, peluang pekerjaan yang banyak ini menjadikan taraf hidup rakyat Malaysia semakin meningkat.
Selain itu, sector industry automotive juga merangsang sektor pertanian negara.Sesungguhnya, sektor pertanian negara akan lebih maju dengan penggunaan jentera moden dan biji benih yang bermutu tinggi. Hasil pertanian negara dapat diproses menjadi bahan kedua yang lebih berharga dan mendatangkan lebih banyak keuntungan. Sebagai contohnay dalam penanaman kelapa sawit, minyak kelapa sawit telah dijadikan bahan kedua yang lebih berharga. Kemajuan sektor industry automotif membolehkan pelbagai barangan berasaskan pertanian dapat dihasilkan untuk dieksport ke luar negara.
Kemajuan sektor industry automotif juga membolehkan negara kita dianggap sebagai negara yang maju. Hal ini adalah kerana, antara ciri negara maju ialah mempunyai sektor perindustrian yang maju. Pada masa yang sama, sektor perindustrian merangsang perkembangan sistem pengangkutan negara. Pada masa kini, semakin banyak pelabuhan dan lapangan terbang dibina bagi membolehkan barangan industri dieksport ke negara lain. Justeru, sistem jalan darat seperti lebuh raya pula semakin banyak dibina bagi memudahkan urusan sektor perindustrian.
Kebaikan sector industry automotive yang seterusnay ialah menambahkan pendapatan kerajaan melalui pelbagai kutipan cukai. Antara cukai tersebut ialah cukai pendapatan dan cukai barangan eksport dan import. Kutipan cukai yang banyak membolehkan kerajaan menjalankan projek-projek pembangunan seperti jalan raya dan membayar gaji pegawai kerajaan. Pendapatan negara yang bertambah ini juga membolehkan pihak kerajaan mengindahkan negara dengan membuat lebih banyak tempat pelancongan yang dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke Malaysia. Pendapatan negara yang banyak juga membolehkan negara mempunyai rizab awam yang kukuh dan menjadi negara yang bebas daripada beban hutang.
Di samping itu, kebaikan sector industry automotive kepada negara ialah dapat meningkatkan pendapatan negara. Pelbagai jenis barangan perindustrian yang terdapat di dalam negara membolehkan negara mengeksport barangan keluaran tempatan ke luar negara. Barangan industri boleh dijual dengan harga yang mahal jika dibandingkan dengan hasil pertanian. Antara barangan yang banyak dieksport ke luar negara ialah model kereta seperti Perodua Ariiz, Proton Suprima, Proton X70, dan sebagainya. Pihak kerajaan juga dapat meningkatkan pendapatan melalui sistem pencukaian pihak kastam.
Comments
Post a Comment