Posts

Showing posts from June, 2022

Total Pageviews

Karangan - Kesan-Kesan Pembalakan Haram

     Pembalakan haram ialah aktiviti penebangan balak secara tidak terancang dan menyalahi undang-undang. Pengusaha pembalakan haram ini akan mengeluarkan kayu yang ditebang tanpa kebenaran atau dari kawasan dilindungi penebangan spesies dilindungi atau pengeluaran balak melampaui had yang dipersetujui. Terdapat beberapa kesan negatif akibat pembalakan haram.      Pembalakan haram mampu menyumbang kepada terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan.      Kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat ting

Karangan - Cara Pembentukan Modal Insan

Pendahuluan Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam pembentukan modal insan. Pendidikan dapat dinilai daripada kemajuan dan pencapaian sesebuah negara. Kemajuan bidang teknologi maklumat merupakan cabaran terbesar kepada pembentukan modal insan kamil dalam kalangan remaja di negara ini. Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membentuk modal insan dalam kalangan masyarakat masa kini. Isi 1. Pembentukan modal insan melalui pendidikan. Pendidikan merupakan asas terpenting bagi setiap individu Individu yang tidak berpendidikan dianggap sebagai tidak bertamadun dan dipandang rendah oleh sebahagian masyarakat. Pendidikan boleh dinilai daripada kemajuan dan kemajuan sesebuah negara. Memperkasakan pendidikan islam dan moral agar remaja dapat membezakan antara baik dan buruk sesuatu tingkah laku. 2. Peranan Ibu bapa dalam melahirkan modal insan kelas pertama. Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Dengan pendidikan terutama pendidikan islam yang sem

Karangan - Faktor dan Langkah Mengatasi Vandalisme

     Pihak media massa sering menjadikan isu vandalism sebagai salah satu tajuk perbincangan mereka. Secara umumnya, vandalism boleh didefinisikan sebagai perbuatan merosakkan harta benda awam atau persendirian. Golongan yang terlibat dalam perbuatan vandalism ialah remaja yang berusia 12 hingga 20 tahun. Kemudahan awam yang sering dirosakkan ialah alat-alat permainan di taman permainan, telefon awam, dan menconteng dinding tandas awam. Menurut statistic kadar vandalism dalam negara semakin meningkat dari tahun ke tahun. Terdapat pelbagai factor yang menyebabkan vandalism berlaku. Oleh itu, beberapa langkah telah dipraktikkan untuk mengatasinya.      Antara factor berlakunya vandalism ialah pengaruh daripada rakan sebaya. Golongan remaja merupakan golongan yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Pada zaman persekolahan, rakan sebaya merupakan komponen utama dalam membentuk seseorang remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan sebaya merupakan individu yang akan banyak meluang

Essay - How To Deal With Online Games

     Video game addition is a serious problem in many parts of the world today and deserves more attention. It is no secret that children and adults in many countries throughout the world, including Japan, China, and the United States, play video games every day. Most players are able to limit their usage in ways that do not interfere with their daily lives, but many others have developed an addiction to playing video games and suffer detrimental effects. To improve the state of situation, setting limits on our access to games, established healthier routine and getting professional help need to be implemented and carried out.      Firstly, setting limits on our access to games can help reduce the addiction to video games. We need to strict ourselves with time limit for daily play. Health experts recommend that teens and school-aged kids should spend no more than 2 hours a day in front of a screen, and it’s just as important for adults to limit their time being sedentary. For example,