Posts

Showing posts from February, 2021

Total Pageviews

Karangan - Industri Automatif

     Pihak media massa sering menjadikan isu industry automotif sebagai salah satu tajuk perbincangan mereka. Secara umumnya, industry automotif boleh didefinisikan sebagai apa-apa bidang yang berkaitan dengan kenderaan bermotor. Antara jenis kereta yang dihasilkan ialah kereta pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna, kereta sedan dan kereta utility sukan. Antara model kereta yang dikeluarkan ialah Perodua Ariiz, Proton Suprima, Proton X70, dan sebagainya. Menurut statistic industry automotive dalam negara semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kejayaan tersebut banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara.      Antara kebaikan yang diperoleh daripada industry automotive ialah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Dengan wujudnya banyak kilang pembuatan, maka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia semakin bertambah. Malah, kepesatan perindustrian di Malaysia telah mendorong rakyat negara lain untuk berhijrah ke Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan. Antara rakyat n