Posts

Showing posts from January, 2022

Total Pageviews

STPM Pengajian Am - Isu dan Cabaran Dasar 1 Murid 1 Sukan dari Aspek Ibu Bapa

Isu dan Cabaran Dasar 1 Murid 1 Sukan dari Aspek Ibu Bapa i) Tiada Pendedahan Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Konsep 1M1S inilah yang tidak difahami oleh ibu bapa atau penjaga berikutan tiada pendedahan tentang perkara tersebut kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa tidak faham tentang objektif sebenar program tersebut. Apabila tidak faham, mereka membuat andaian sendiri dan menganggap sukan tidak penting dalam proses pembelajaran anak mereka. ii) Galakan dan Sokongan Aktiviti sukan merupakan satu aktiviti yang wajib di sekolah dan telah ditetapkan lebih awal lagi melalui Surat Pekeliling Bil.1/1989 bertajuk Penyertaan Pelajar Dala