Posts

Showing posts from April, 2020

Total Pageviews

Karangan - Faedah-Faedah Koperasi Sekolah kepada Murid

     Pada era ledakan teknologi maklumat dan dunia yang pesat membangun ini, setiap sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang sewajarnya untuk para murid. Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini, pihak sekolah telah menubuhkan koperasi yang merupakan sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan barangan dan perkhidmatan. Koperasi ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung. Murid-murid sekolah yang merupakan ahli koperasi akan membantu guru koperasi untuk menjalankan urusan perniagaan di koperasi. Antara barangan dan perkhidmatan yang boleh diperoleh di koperasi ialah barangan makanan, minuman, peralatan menulis, buku latihan, lencana sekolah, uniform sekolah dan perkhidmatan fotostat. Setiap sekolah mesti mengadakan mesyuarat agung koperasi untuk melantik ahli jawatankuasanya. Persoalannya kini, apakah faedah penubuhan koperasi sekolah kepada murid-murid sekolah? Oleh hal yang demikian, faedah-faedah koperasi sekolah