Posts

Showing posts from June, 2018

Total Pageviews

SPM BM Tingkatan 4 - Puisi Moden - Sang Gembala Kuda

Maksud Dalam rangkap pertama, penulis berkata bahawa sang gembala kuda merupakan seorang lelaki yang gagah perkasa dan berani menghadapi cabaran. Sikap ini penting dalam tugasnya menghalau kuda-kuda supaya masuk ke dalam kandang. Dia menghalau kuda-kuda yang berada di padang supaya masuk ke dalam kandang dengan menggunakan cemeti. Maksud rangkap kedua ialah sang gembala kuda amat sayang akan kuda-kudanya. Dia memberikan makanan berbentuk jerami dan rumput kepada kudanya yang lapar. Hal ini dikatakan demikian kerana sang gembala kuda sedar bahawa makanan merupakan sumber tenaga kepada kuda-kudanya yang akan dijadikan tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain. Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segal