Posts

Showing posts from April, 2018

Total Pageviews

Karangan - Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Berjimat-Cermat Dalam Diri Anak-Anak

     Amalan berjimat-cermat merupakan ciri penting dalam pengurusan kewangan yang berkesan. Amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat negara ini masih lagi rendah dan perlu dipertingkatkan kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Amalan mulia ini perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh hal yang sedemikian, peranan ibu bapa dalam pemupukan amalan berjimat cermat dalam diri anak-anak amatlah besar.     Ibu bapa sebenarnya dapat memupuk amalan ini dalam jiwa anak-anak dengan mengamalkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh terbaik dengan merancang setiap pembelian terlebih dahulu. Ibu bapa haruslah enyediakan senarai pembelian bersama-sama dengan anak-anak supaya mereka dapat membezakan antara keperluan dengan keinginan. Jadi, anak-anak akan sedar bahawa perbelanjaan secara berhemat membolehkan kita mempunyai lebihan pendapatan untuk tabungan masa hadapan seperti yang diteg

Karangan - Cara-Cara Mengekalkan Perpaduan Kaum

     Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing.  Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, semua pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni " Bersekutu Bertambah Mutu " dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.      Sebenarnya, kita bolehlah memperbanyak aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta.  Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat;  perpaduan merupakan k