Posts

Showing posts from July, 2022

Total Pageviews

Karangan - Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar

     Pencemaran alam boleh ditakrifkan sebagai kotoran sekeliling yang menjejas kualiti kebersihan air, udara dan bumi. Isu berkaitan dengan pencemaran alam sekitar sentiasa dibincangkan kerana kesannya yang semakin membimbangkan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar namun masih gagal. Alam sekitar terus tercemar oleh pelbagai aktiviti manusia yang tidak terkawal.     Antara punca pencemaran alam sekitar ialah  pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang. Sektor perindustrian telah berkembang pesat di negara kita. Kebanyakkan kilang yang didirikan tidak menggunakan penapis asap yang berkesan sehingga mengakibatkan pembebasan asap yang kotor dan beracun ke udara.      Pencemaran udara di negara kita semakin kritikal berpunca daripada pertambahan bilangan kenderaan. Peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai rakyat mampu memilik kenderaan sendiri. Bilangan kenderaan yang berjuta-juta di atas jalanraya, menyebabkan pembebasan asap da