Posts

Showing posts from May, 2018

Total Pageviews

Rumusan - Kepentingan Tidur dari Segi Saintifik

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan .      Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk berfikir? Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberikan tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitannya dengan faktor tidur.      Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam sehari. Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang

Teknik Menulis Karangan SPM

Pendahuluan Ayat Rangsangan - Memperkenalkan tajuk sahaja - Bahasa yang cantik (Perkataan) Ayat Topik 1. Maksud 2. Cerita apa-apa (Perkembangan semasa tentang tajuk) isi 3. Menulis 2 isi tentang perkara yang tidak diuji sebagai soalan (Punca, Kesan, Usaha) Ayat Contoh Ayat Soalan Ayat Peribahasa Ayat Arah Isi Ayat Isi - Penandawacana yang panjang - Tajuk - Soalan - Isi Ayat Huraian 1. AH1 2. AH2 3. AH3 4. AH4 Teknik Tanya - Siapa? - Apa? - Kenapa? - Di mana? - Bila? - Bagaimana? Ayat Contoh Ayat Peribahasa Ayat Rumusan Penandawacana panjang + Soalan + Tajuk + Isi Penutup Ayat Rumusan - Penandawacana panjang - Tulis soalan karangan - Tulis tajuk karangan - Tulis satu peribahasa (Opt) Ayat Cadangan - Penandawacana - Tulis sekurang-kurangnya 2 cadangan berkaitan tajuk - Tulis peribahasa (Opt) Ayat Pendapat - Penandawacana - Menulis pandangan positif berkaitan tajuk (Faedah) (2) - Peribahasa (Opt) Ayat Harapan - Menulis jangkaan masa hadapan (2)

Teknik Menulis Rumusan SPM

Pengenalan Teknik 1 : Tukar arahan depan dan tambah maklumat di belakang Teknik 2 : Tukar arahan depan dan tiru arahan di belakang Isi Isi tersurat 6 - Dapatkan di petikan Isi tersirat 2 - Fikir (Mesti logik) Penutup 1. Kesimpulannya/Konklusinya 2. Satu cadangan 3. Supaya/agar/untuk 4. Satu alasan