Posts

Showing posts from August, 2018

Total Pageviews

Karangan - Faedah-Faedah Aktiviti Kokurikulum

     Anak-anak yang masih muda khususnya mereka yang masih berada di bangku sekolah merupakan harapan bangsa dan negara pada masa hadapan untuk mengemudi kecemerlangan bangsa dan negara di pentas global kerana pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara. Justeru, menyedari dan hakikat ini sistem pendidikan negara kita tidak hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata tetapi juga pencapaian dalam bidang kokurikulum.Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada semua pelajar di seluruh negara.Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab, unit beruniform dan 1M1S bukan sahaja memberi banyak faedah kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada bangsa dan negara. Persoalannya sekarang, apakah faedah-faedah aktiviti kokurikulum khususnya kepada golongan pelajar.    Memang tidak dapat dinafikan bahawa, kegiatan kokurikulum sememangnya mendatangkan pelbagai faedah kepada