Posts

Showing posts from October, 2021

Total Pageviews

Karangan - Hidup Berjiran

     Pihak media massa sering menjadikan isu amalan hidup berjiran sebagai salah satu tajuk perbincangan mereka. Secara umumnya, jiran boleh didefinisikan sebagai orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Setiap anggota masyarakat lazimnya mempunyai jiran sama ada di kiri, kanan, atau hadapan rumah. Aktiviti yang boleh dilakukan sesame jiran ialah seperti bergotong-royong untuk menyambut sesuatu keraian atau adat resam. Menurut statistic amalan hidup berjiran dalam negara semakin rendah dari tahun ke tahun. Terdapat pelbagai faedah yang boleh didapati daripada amalan hidup berjiran. Oleh itu, pelbagai langkah boleh diambil untuk meningkatkan  semangat hidup berjiran.      Antara faedah semangat kejiranan adalah memupuk perpaduan antara setiap ahli masyarakat di negara ini. Malaysia merupakan negara yang unik kerana kita mempunyai rakyat yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Namun, disebalik perbezaan kita berjaya mencari persamaan dan berbekalkan nilai-nilai murni seperti hormat-me

Karangan - Penganiayaan Haiwan

     Pihak media massa sering menjadikan isu penganiayaan terhadap haiwan sebagai tajuk perbincangan mereka. Secara umumnya, penganiayaan terhadap haiwan boleh didefinisikan sebagai perbuatan mencederakan haiwan tanpa sebab. Haiwan-haiwan tersebut akan mengalami kepupusan sekiranya penganiayaan terus berlaku. Contoh haiwan yang biasanya dicederakan ialah anjing dan kucing. Menurut statistic, perbuatan penganiayaan haiwan dalam negara semakin meningkat dari tahun ke tahun. Terdapat pelbagai factor yang menyebabkan penganiayaan haiwan berlaku. Perbuatan penganiaayn haiwan turut akan menyebabkan pelbagai kesan terhadap negara.      Antara factor penganiayaan haiwan ialah berpendapat bahawa haiwan tidak mempunyai hati dan perasaan. Kumpulan ini tidak berupaya untuk melawan dan melindungi diri mereka daripada dianiayai oleh golongan manusia. Mereka hanya mampu meronta-ronta melaung kesakitan apabila digenggam dan dianiayai tanpa dipedulikan oleh manusia. Contohnya seekor anak burung helan