Total Pageviews

SPM BM - Puisi Moden - Sang Gembala Kuda

Maksud

  1. Dalam rangkap pertama, penulis berkata bahawa sang gembala kuda merupakan seorang lelaki yang gagah perkasa dan berani menghadapi cabaran. Sikap ini penting dalam tugasnya menghalau kuda-kuda supaya masuk ke dalam kandang. Dia menghalau kuda-kuda yang berada di padang supaya masuk ke dalam kandang dengan menggunakan cemeti.
  2. Maksud rangkap kedua ialah sang gembala kuda amat sayang akan kuda-kudanya. Dia memberikan makanan berbentuk jerami dan rumput kepada kudanya yang lapar. Hal ini dikatakan demikian kerana sang gembala kuda sedar bahawa makanan merupakan sumber tenaga kepada kuda-kudanya yang akan dijadikan tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.
  3. Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan. Walau bagaimanapun, penindasan tetap berlaku ke atas binatang.
  4. Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mempedulikan kepenatan kuda itu. Sang gembala kuda juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu. Sang gembala kuda hanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggani berulang kali untuk menjejaki kuda-kuda lain di dalam hutan tanpa rasa belas kasihan.

Comments

Popular posts from this blog

Karangan - Faedah-Faedah Bersenam

Karangan - Industri Automatif