STPM Pengajian Am Sem 1 - Konsep dan Ciri Negara Berdaulat
Takrifan Negara
- Penduduk yang menetap di sebuah wilayah yang
mempunyai sempadan yang jelas dan mempunyai kerajaan yang sistematik atau
tersusun.
Negara Berdaulat
- Negara bebas daripada penjajahan kuasa asing.
- Negara yang mempunyai kerajaan yang mampu mentadbir
negara tanpa pengaruh kuasa-kuasa luar dan mempunyai pelembagaan sendiri.
- Negera yang diiktiraf oleh negara luar kewibawaannya
seterusnya mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar.
- Negara mempunyai identitinya sendiri. Seperti
ideologi,bendera dan jata negara sendiri.
Takrifan Kerajaan
- Ditakrifkan sebagai sebuah badan atau institusi yang
bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pegurusan dan pentadbiran sesebuah
negara.
- Merangkumi semua badan yang mengubal,mentafsir dan
melaksanakan sesuatu dasar demi pembangunan negara dan kebajikan rakyat.
Jenis Kerajaan
Monarki
- Pemerintahan dikuasai oleh raja atau sultan
- Raja/sultan menjadi pentadbir utama dan memonopoli
kuasa eksekutif
- Pentadbiran negara dijalankan oleh kaum kerabat
raja/sultan
- Warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan
- Contoh; Arab Saudi, Kuwait dan Brunei Darussalam
Republik
- Tidak mempunyai raja sebagai ketua negara
- Ketua negara adalah Presiden yang merupakan rakyat
biasa
- Mengamalkan prinsip demokrasi
- Contoh; USA, Filipina, Sri Lanka, France, Portugal, Taiwan, Pakistan, India dan Singapura
Demokrasi
- Mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam
pilihan raya umum
- Wakil-wakil yang dipilih rakyat merupakan anggota
parti-parti politik yang berlainan
- Parti politik yang mendapat sokongan majoriti rakyat
akan berkuasa untuk membentuk kerajaan
- Berteraskan konsep ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat dan
untuk rakyat’
Autokrasi
- Negara yang diperintah oleh seorang individu
(Autokrat) yang mempunyai kuasa mutlak
- Pemerintah biasanya menggunakan kekerasan, paksaan
dan ugutan untuk mengekalkan kuasanya
Kesatuan
- Gabungan beberapa buah negeri untuk membentuk
kerajaan pusat
- Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah
kuasa kerajaan pusat
Persekutuan
- Gabungan beberapa buah negeri untuk membentuk
kerajaan pusat dan kerajaan negeri
- Kuasa pentadbiran dan perundangan dikongsi oleh
kerajaan pusat dan kerajaan negeri
Pembentukan Malaysia
Faktor
- Mempercepat proses kemerdekaan Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei yang masih dijajah oleh pihak British
- Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan
bukan bumiputera
- Kerjasama ekonomi
- Menyekat pengaruh komunis
Proses
- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961. Ia dipengerusi oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Antara anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu) , Lee Kuan Yew (Singapura) , Dato’ Mustapha Dato’ Harun (Sabah) , Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato’ Setia Pangeran Ali (Brunei)
Tujuan JPPM ditubuhkan ialah:
- Memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia
kepada orang ramai (Sabah, dan Sarawak).
- Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
- Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
- JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962).
- Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962.
Tugas utama Suruhanjaya Cobbold ialah:
- Meninjau
pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia
- Membuat
syor-syor mengenai perlembagaan
-
Jawatankuasa Anatara Kerajaan (JAK) akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan
Malaysia
- Laporan Jawatankuasa Anatara Kerajaan (JAK) seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963
- Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan
penubuhan Malaysia semakin mendapat sokongan. Sarawak mengeluarkan kertas putih
mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian,
JPPM akhirnya berjaya menyusun satu
memorandum yang ditandatagani oleh wakil-wakil,dan kemudian dihantar kepada
Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Antara isi kandungan memorandum ini
ialah:
- Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan
Malaysia.
-
Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
-
Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
-
Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
-
Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan
Sarawak.
-
Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
-
Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
-
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
Comments
Post a Comment