Karangan - Cara-Cara Mengekalkan Perpaduan Kaum
Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, semua pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni " Bersekutu Bertambah Mutu " dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Sebenarnya, kita bolehlah memperbanyak aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana mua...